Program Khas NADI-Nurture DiLea Chapter 2
15 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 14 Disember 2024 (Sabtu), petugas NADI Sg. Bandung telah mempromosikan Program Khas DiLea kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang berminat untuk menyertai program tersebut. Seorang pelajar tingkatan tiga telah berminat untuk menyertai Program khas tersebut di NADI secara dalam talian. Pelajar tersebut telah menggunakan kemudahan yang terdapat di NADI.
Untuk Program Khas DiLea ini dijalankan secara dalam talian dan terdapat 4 tajuk yang akan diajar kepada pelajar-pelajar yang menyertai program tersebut. Untuk Chapter 2, kemahiran yang bakal dikuasai oleh pelajar ialah cara memahami konsep bagaimana daya ingatan berfungsi, menguasai teknik asas bacaan pantas dan menguasai teknik memori 4A, ikon memori dan cerita kreatif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: